...meniti pengalaman mencari tenang...* sepanjang jalan yang penuh dengan bunga sakura...

- Ya Allah,jangan biarkan aku sendirian walaupun sekelip mata....

Thursday, January 06, 2005

persahabatan teruji

bukan senang nak mencari kawan semasa susah kan??Hari ni persahabatan dan keihlasan aku diuji oleh-Nya.ternyata aku bukan sahabat yg baik!.Kerana aku sentiasa tak bersedia dalam mengahadapi situasi tak dirancang.Dapat call dr teman yg dalam kesusahan suruh amik dia HQ dan bawak balik ke rumah aku sbb kereta dia remuk xciden ptg smlm.So dia akan menumpang kat rumah aku selama 2 minggu paling minimum or shingga kereta dia siap di'repair'.Mana-mana yang terdahulu.
Dia patah kaki sekrg! Eh bukan kakinya patah sbb xciden tapi sbb dia tiada kenderaan yg menjadi keperluannya seharian.Dia terpaksa menjalankan urusan harian,kerja dan setadi berpusat dr umah aku.Dan aku akan menjadi supirnya sepanjang tempoh itu.Jadinya lunch hour aku bergegas ke sana mengambil dia.Mula-mula mmg rasa berat juga utk terima sbb tiba2 tapi aku tau kalau aku jadi dia mmg susah.So aku cuba memahami sedaya upaya dan cuba bersikap yg terbaik.Aku tak tau kenapa aku yg jadi pilihannya utk membantu dia.Mgkin sbb kuliahnya hampir dgn rumah aku atau sbb lain.Kalau sbbnya itu kesan daripada sikap aku yg baik.Alhamdulillah.Allah sedang menguji persahabatan kami.Aku kira dah hampir lapan tahun aku kenal dgnnya.Dan aku mau menjadi kawan tempat dia menumpang susah!dan ternyata bukan mudah kawan!.Tapi tidak mengapa kerana ini bukan apa2 berbanding kesusahan yang lain.Memang la aku akan jadi sedikit tidak selesa tapi aku akan menyesuaikan diri.Gambatte ne!!!

Aku cuba membayangkan kalau aku di tempat dia dan amat memerlukan pertolongan.Aku tau dia pun tak mau atas apa yang terjadi tapi dah tertulis begitu .Jadiknya , gi mana mau di buat lagi sih.Cumanya ikut saja perjalanan takdir.Iya sih!Aku cuba menilai diri aku, takkan ketika dia senang je aku nak berkawan.Dan aku akan berbangga dengan diri aku jika aku lulus ujian ini.:).Apa jua yang berlaku pasti ada hikmahnya kan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home