...meniti pengalaman mencari tenang...* sepanjang jalan yang penuh dengan bunga sakura...

- Ya Allah,jangan biarkan aku sendirian walaupun sekelip mata....

Thursday, March 03, 2005

berhenti berharap

sesungguhnya aku dah lama dalam proses berhenti mengharapkan sesuatu yang mustahil untuk digapai.Memulakan pagi dengan airmata sesusungguhnya sesuatu yang memeritkan.Hati bagai tak tertahan lagi dan buktinya airmata menjadi saksi.

Kata teman airmata kau hanya untuk dia tidak orang lain.Dia pun tau betapa aku menyayanginya tapi rasa sayang itu juga membuatkan hati selalu derita dan mata sering menangisi emosi yang ada dalam dada.Terima kasih teman kerana sudi berkongsi rasa.Airmata teman setia, hanya kerana hal dia.Jarang sekali airmata aku tumpah kalau bukan kerana dia , katanya dan sesungguhnya mmg itu realitinya.Untuk yang lain aku keras sekeras batu tapi kalau dia yang mengganggu jiwa memang airmata gantinya .Entah kenapa , mungkin dia lebih dekat dengan hati untuk itu selalu ditangisi.Lebih dekat dengan jiwa untuk aku selalu rasa hiba.Lebih banyak ruang untuknya di dalam hati untuk aku selalu merasa berjauh hati.Bertambah pilu bila airmata aku tidak lagi menjadi apa-apa bagi dia.Agaknya aku memang tak disukai lagi.

Persahabatan ini amat ku sayangi dan diri dia lebih-lebih lagi.Pernah menjadi buah hati.Dia yang pernah menjadi kemanjaan seluruh jiwa.Dia yang pernah menjadi teman menangis dan ketawa.Dia yang pernah berpanas dan berhujan bersama-sama.Dia tempat mencurah segala rahsia dan rasa.Tapi kini semakin menjauhkan diri.Mungkin rasa sayang dah bertukar jadi benci.Dari matanya diri aku tak lagi istimewa .Di jiwanya aku bukan lagi tempat untuk bermanja .Segala-galanya sudah tiada.Entah.Tidak tahu dan tidak mahu begitu.....(mengharap lagi?).Cukup-cukuplah!

1 Comments:

At 5:45 PM, Anonymous Anonymous said...

bukan tidak suka, apatah lagi untuk merasa benci.. cuma penat dan letih untuk melayan benda2 remeh.. terasa kehadiran atas jemputan langsung tiada sambutan.. apatah lagi perlunya ada disisi.. lebih baik berdiam diri dan mengikut arus terjadi.. apa pon, tetap bersyukur dengan perubahan didepan mata yang lebih menampakkan kematangan dan keseimbangan.. sorry and thanks for everythings..

 

Post a Comment

<< Home