Akemashite Omedeto-!! (= selamat tahun baru)
Akemashite Omedeto-!! (= selamat tahun baru).Pagi2 buka email dapat berita dari Yokosan di Kyoto.Semalam bertanya khabar.Dia masih sibuk dengan kerja.dpat berita yg dia akan dtg ke Mesia bulan 3 nanti.Mungkin agak lama di sini.3 minggu yg sibuk!Mgkin dapat jumpa dia atau tak.Terserah.
__________________
Tengahari tadi aku menambah koleksi keperluan yg akan aku bawa ke mana2 atau setiap kali keluar rumah .Kompas arah Kiblat!Ya baru aku teringat memilikinya.Mmg dah lama teringinkannya tapi aku terlupa.Lama.Sejak kejadian di Todaijima Urayasu City, Chiba di Jepun tuh.Kisahnya.Aku cukup terharu dgn layanan keluarga angkat bangsa Jepun tuh.Ya , Jepun yg punya sejarah yang panjang dgn datuk nenek aku!Sesampai aku di rumahnya , ditunjukkan bilik utk aku dan selesai cakap2 lebih kurang ,dikeluarkan satu alat! aku tergamam.Katanya 'this is a present from my friend from Oman(??).I think you can use it' kata perempuan yg sebaya kakak aku dgn nada lembut.Terkesima aku , tak terkata!ulrp.Dalam hati sesungguhnya rahmat Allah ada di mana2.Aku yg ssusah ati tercari2 arah kiblat sesampainya di rumah Jepun itu sesungguhnya di beri kemudahan yg dtg bergolek.Maklumlah rumah Jepun tuh aku tidak nampak di mana aku boleh lihat matahari.Lagipun masa tu dah dikira hampir nak malam.Rupa2nya diberinya aku kompas arah kiblat.Masya-Allah , Jepun yg tak solat ni pun amat prihatin!.Diberinya aku kemudahan yg sebegitu.Alhamdulillah.Kompas itu amat memudahkan urusan aku.Dan peristiwa itu amat segar dalam ingatan aku hingga ke hari ini.
Begitu juga dengan 'keperakkan' mereka tak pernah tgk telekung!Waktu aku nak solat aku tunjukan mereka pakai utk solat tu.Mmg dah berjanji pada awalnya dgn mereka kerana mereka nak tgk."Waaa , kirei des ne.."Siap pegang2 lagi telekung tuh, hehehehhe 'perak kan' Jepun nih???.Kesian pun ada, sepanjang hidup tak penah tgk telekung,solat apatah lagi.Moga hidayath Allah menyinari hati mereka.
note:
perak= jakun atau tak penah tgk.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home