...meniti pengalaman mencari tenang...* sepanjang jalan yang penuh dengan bunga sakura...

- Ya Allah,jangan biarkan aku sendirian walaupun sekelip mata....

Thursday, March 17, 2005

dunia ni kecik aje upanya...

kadang-kadang satu keadaan yang tak dirancang membawa kepada benda-benda yang membahagiakan.Kadang-kadang kita terlupa apa yang diatur oleh Yang Maha Esa itu amat sesuai buat kita.Hikmahnya amat manis .Cuma kita kadang-kadang selalu sangat membenci apa yang terjadi bukan atas kehendak kita.Dan kadang kehendak kita itu bukannya elok utk kita Itulah manusia , cuma nampak apa yg didepan mata sahaja.Tatau apa yang bakal berlaku kemudian hari.
Kesempatan utk mengisi masa lapang dan utk menenangkan fikiran yang kusut kerana sebuah persahabatan yang mula goyah aku gunakan utk menyertai kem yg memungkinkan menambah silaturrahim.Berbekalkan niat utk menyeronokkan diri dan menambah kawan-kawan, aku menyertai mereka walaupun seorangpun aku tak kenal.Takpela dah dewasa pandai2 la bawak diri kan.Aku ke sana dengan hati , dengan keikhlasan, tanpa teman.Tapi keputusan yg aku pilih mmg tepat kerana aku seronok disitu.Malah kenangan itu sampai skrg takterlupakan.Waktu sesi memilih teman se khemah, aku hanya berkata dalam hati, takpela sesiapa pun yg jd teman sekhemah aku harini aku terima dgn hati terbuka kerana aku dtg tanpa teman walhal yg lain-lain tentulah dengan kawan baik masing2.Pasrah.Dan 'adik muar' ni pun dtg seorang.Maka aku jd pilihannya kerana sama-sama tiada kawan.Jadinya mula dari situ kami mmg jadi kawan.
Bulan Sept. 2004 aku berjaya menjejak kaki ke negara Sakura.Kursus.Di Sugaidaira, Nagano di negeri Chiba kami dibekalkan seorang transalator anak Melayu yg masih menuntut utk men'traslate' BM-Nihonggo.Maka aku pun jd kawan dgn transalator tu (adik jepun).Yela seronok sbb jumpa org Melayu masa tuh.Aku macam tabik spring kat dia sbb katanya dia tinggal seorang diri di Tokyo dan di universiti tempat dia belajar hanya dia seorang pompuan Melayu.Hebat.
Balik ke Mesia.Aku mmg rajin surf blog2 org dan melalui blog 'adik muar' aku surf blog the bestest friends nya.Rupa2nya 'adik Jepun' punya blog.Hahhaha.What a small world.Pusing2 duk situ gak.Inform 'adik muar' yg aku kenal dgn kawan baiknya tuh.Tapi dua-duanya mengenali aku dgn nama berbeza.Cuma gambar sahaja membuktikan aku org yg sama.hehehe
Dan ptg smlm kami berjumpa di MV.'adik jepun' bercuti 2 minggu di Mesia.Hasil kontek-mengontek makan kami berkumpul smlm.Seronok.Borak-borak.Arigatou gozaimasu sbb sudi jemput join sekali.Harap dapat jumpa lagi.Ja mata ne.^-^

0 Comments:

Post a Comment

<< Home