...meniti pengalaman mencari tenang...* sepanjang jalan yang penuh dengan bunga sakura...

- Ya Allah,jangan biarkan aku sendirian walaupun sekelip mata....

Wednesday, April 13, 2005

front page!!!


Sharifah Aini mohon tuduhan ditarik balik


PETALING JAYA: Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar semalam mengemukakan bantahan awal di Mahkamah Majistret di sini, dengan memohon supaya tuduhan dia memfitnah penyanyi terkenal, Siti Nurhaliza Tarudin, ditarik balik.

Peguamnya, Datuk Muhammad Shafee Abdullah, berkata tuduhan itu adalah kabur, tidak lengkap serta tidak menggambarkan berlaku perbuatan yang dikatakan fitnah oleh Sharifah Aini terhadap Siti Nurhaliza.

Beliau berkata, pertuduhan yang dikemukakan oleh pendakwaan juga tidak sah serta tidak mematuhi peruntukan mengikut Seksyen 499 dan 500 Kanun Keseksaan berkaitan tohmahan atau fitnah.

“Ia kes fitnah jenayah, anda mesti menjelaskan kata-kata yang didakwa sebagai memfitnah itu bagi menjalankan perbicaraan dengan adil.

“Jika anda tidak memberitahunya apa yang anda maksudkan dalam pertuduhan itu, beliau tidak akan dapat membela diri dan memberi ulasan adil atau, jika beliau mengaku yang beliau berkata demikian, beliau harus memohon maaf,” katanya.

Sharifah Aini, 52, didakwa menyiarkan beberapa tuduhan tertentu yang memfitnah Siti Nurhaliza melalui e-mel kepada adik angkatnya, Ahmad Shaharil Jamaludin.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Lorong Utara, Off Jalan Utara, Petaling Jaya, pada jam 4.52 petang 24 Ogos tahun lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Sebelum ini, mahkamah menetapkan empat hari mulai semalam untuk perbicaraan kes itu.

Selain Muhammad Shafee, Sharifah Aini turut diwakili Badrul Munir Mohd Bukhari manakala pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim di depan Majistret Azroul Hisham Azulan.

Peguam Ahmed Shaharil, Md Yunos Shariff serta peguam Siti Nurhaliza, Nur Hisham Muhamad dan Muhamad Danish Abdullah, hadir sebagai peguam pemerhati.

Sharifah Aini, yang memakai baju kurung hitam berbunga merah sedondon dengan kasut dan tas tangan merah, tiba di perkarangan mahkamah pada 9.55 pagi menaiki kereta Proton Perdana V6.

Sejurus selepas mahkamah selesai bersidang kira-kira 11.55 pagi, penyanyi itu kelihatan bergegas keluar menuju ke kereta sambil berkata, ‘Thank you for coming’ kepada wartawan dan jurugambar yang mengerumuninya.

Suasana mahkamah turut gamat seketika apabila, Siti Nurhaliza, 26, yang juga antara saksi perbicaraan itu, hadir semalam. Berseluar hitam dan memakai blaus putih berbintik hitam, beliau ditemani abangnya Saiful Bahari Taruddin dan kakak ipar, Rozie Abdul Razak. tiba pada 8.45 pagi

Beliau meninggalkan perkarangan mahkamah pada 12.05 tengahari menaiki kereta Toyota Estima berwarna hitam.

Ketika prosiding mahkamah berjalan, Siti Nurhaliza dibawa ke bilik saksi. Antara saksi lain yang hadir ialah wartawan hiburan beberapa akhbar. Turut kelihatan di mahkamah ialah komposer lagu terkenal, Ramli MS.

Dalam hujahan hampir sejam, Muhammad Shafee berkata perbuatan fitnah yang didakwa dilakukan anak guamnya seharusnya bersifat kenyataan palsu yang boleh menjatuhkan reputasi orang lain.

Katanya, tuduhan itu bagaimanapun tidak menyebut sama ada kandungan e-mel itu bersifat palsu dan bagaimana ia boleh menyebabkan reputasi Siti Nurhaliza tercemar.

“Saya juga memohon agar mahkamah membaca keseluruhan kandungan e-mel itu untuk memahami sama ada ia menepati maksud sebagaimana aduan Siti Nurhaliza,” katanya.

Beliau turut membangkitkan isu kehadiran peguam Siti Nurhaliza sebagai peguam pemerhati ketika perbicaraan kes itu kerana berpendapat ia menyalahi falsafah dalam mahkamah.

“Ini kerana mereka akan memberitahu segala perkembangan dalam mahkamah kepada Siti Nurhaliza, yang secara tidak langsung boleh mempengaruhi keterangan penyanyi itu apabila menjadi saksi nanti,” katanya.

Sementara itu, dalam hujah balasnya, Suhaimi memohon bantahan awal itu ditolak kerana tuduhan terhadap Sharifah Aini adalah jelas, teratur dan mengikut undang-undang.

Katanya, kertas pertuduhan itu jelas menyatakan orang yang hilang reputasi ialah Siti Nurhaliza dan perbuatan fitnah itu dilakukan menerusi e-mel.

“Ketika ini memang tidak dapat dibuktikan kerana masih di peringkat tuduhan dan ia akan dibuktikan apabila kami memanggil saksi nanti,” katanya.

Suhaimi berkata, keseluruhan kandungan e-mel itu juga adalah sebahagian daripada tuduhan dan bagi pihak yang mengetahui kandungan itu, ia jelas merujuk kepada Siti Nurhaliza.

Katanya, pihak pembela seharusnya melihat keseluruhan maksud ayat yang terkandung dalam e-mel itu dan bukannya hanya merujuk perkataan tertentu lalu mempertikaikannya.

Azroul kemudian menetapkan 16 Jun ini untuk keputusan permohonan bantahan awal itu. Serentak itu, beliau membatalkan perbicaraan yang sepatutnya tiga hari lagi sehingga keputusan bantahan awal diketahui.


sumber : bharian 13.05.2005

kebanyakan akhbar menyiarkan berita ni di muka depan.Selebriti lawan selebriti di mahkamah.First time rasanya di Malaysia ni.Tapi aku kesian tgk Cik Siti nih .Kenapa muka Siti nampak muram semasa keluar daripada court ekk sedangkan Sh.Aini nampak girang dan konfiden.Dalam berita tv pun muka dia macam tu nampak muram dan sedih.Kenapa ekk??Siapa yang tertuduh sebenarnya?Sudah tukar ka???

0 Comments:

Post a Comment

<< Home