Siti oh Siti...
Parlimen riuh sebut nama Siti
Oleh Veena Rusli dan Jami'ah Shukri
KUALA LUMPUR: Siti Nurhaliza yang dipilih Bintang Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2004 turut popular di kalangan Ahli Parlimen. Semalam, ketika namanya disebut dalam persidangan, dewan menjadi riuh seketika.
Ada yang menepuk meja apabila Setiausaha Parlimen Kementerian Luar, Datuk Zainal Abidin Osman membaca tajuk akhbar Indonesia Ganyang Malaysia, Selamatkan Siti Nurhaliza yang dilaungkan di negara itu ketika pertikaian wilayah di Laut Sulawesi tidak lama dulu.S K Devamany (BN-Cameron Highlands) mencadangkan kerajaan mengambil pelbagai tindakan berbentuk proaktif dan bukan reaktif dalam menangani isu hubungan dengan Indonesia."Kalau hubungan kedua-dua negara boleh disuburkan menerusi Siti Nurhaliza, apa salahnya," katanya.Nama Siti Nurhaliza turut disebut Hasni Mohammad (BN-Pontian) yang mencadangkan Siti Nurhaliza dijadikan Duta Malaysia ke Indonesia jika ia mampu menyelesaikan banyak masalah negara.Bagaimanapun, Zainal Abidin memberitahu dewan bahawa kempen pihak tertentu mengajak rakyat republik itu ‘memerangi’ Malaysia tidak dilihat sebagai ancaman atau faktor yang boleh menjejaskan hubungan baik kedua-dua negara.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home