aku kehilangan
Aku kehilanganmu
Saat aku kehilanganmu
Hati dibaluti rasa pilu
Kedukaanku pasti berlarutan
Kerna di kecewakan
Bagaikan aur dengan tebing
Kita mengatur langkah seiring
Menghadapi kepahitan hidup berdua
Pernah menangis bersama
Panas dan hujan, ribut dan taufan
Telah menguji kesetiaan
Bersama keyakinan kita jadikan
Mimpi satu kenyataan
Tiada pernah kumenyangka
Kejayaan mengaburi mata
Sehinggakan kau merasa tak lagi perlu
Ku berada di sisimu...
________________
aku tahu kesilapan perbuatan aku menyebabkan aku kehilangan semuanya, kehilangan kesayangan aku sekelip mata, kehilangan kekuatan.Dan kesilapan-kesilapan yg aku lakukan itu tak mampu aku perbetulkan utk mengembalikan ia seperti keadaan asal.Kesilapan masa lalu mana mungkin aku tebus kembali.Ia telah berlaku.Ia seperti mengembalikan air sungai yang mengalir kembali ke hulunya, mengembalikan daun gugur ke tangkainya.Mana mungkin!
Cuma aku harap aku dimaafkan.Walau aku tahu tak semudah itu untuk melupakannya.Maaf dan lupakan utk kembalikan keindahan itu.
Aku sedar perbuatan-perbuatan dan kelemahan aku dalam menilai sesuatu telah menyebabkan ianya berlaku.Aku sedar kesilapan aku tapi mungkin semuanya telah terlambat.Aku sedar aku terlalu mengambil mudah or 'take for granted' apa yg ada selama ini.Aku disedarkan tatkala setelah semuanya telah tiada .Setelah semuanya telah ditarik balik dari diri.Semuanya yg memberi kekuatan pada aku telah tiada.Yang ada hanya sunyi.
Bagaimana harus aku tebus semuanya utk ia kembali kepada asal? Apakah tukaran yang senilai dengannya untuk aku tebus kembali kesilapan-kesilapan aku dan persahabatan ini agar ianya seindah seperti mula-mula kenal dulu? Apa nilai tukarannya untuk keindahan itu? Aku masih mencari dan berusaha sesungguh-sungguhnya walau aku mungkin tak berjaya dan kecewa lagi. Tapi aku akan berusaha.Walau aku tatau hasilnya bagaimana , tapi aku tetap akan berusaha juga.Berusaha utk mengembalikan keindahan itu walau aku rasa mustahil. Berusaha sehingga tiada usaha lagi.Berusaha hingga ke saat aku hanya mampu bertawakkal sahaja.Berusaha hingga boleh tersenyum gembira dgn ucapan omedetou!!Gambatte ne e*** san!!!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home