...meniti pengalaman mencari tenang...* sepanjang jalan yang penuh dengan bunga sakura...

- Ya Allah,jangan biarkan aku sendirian walaupun sekelip mata....

Friday, December 31, 2004

Catatan hujung tahun

Hari ini hari terakhir perjalanan tahun 2004 menurut kelander Masihi..tiada apa yang istimewa .Esok bumi masih lagi berputar dengan izin-Nya.Matahari akan bersinar, hujan akan turun, malam akan menjelma .Semua dengan izin-Nya.SELAMAT TAHUN BARU!!!
________________
di opis masih lagi bercerita tentang tsunami...Aku tengok dan aku ingin bantu tapi bagaimana??

Pagi.hantar adik ke Hentian Duta. Balik kg.Sblm tu sembang2.Slow talk.
Lunch our.Makan di Food Court Gergasi.Jumpa Waheeda , makan dengan member dia.Comei.Kurus.Lawa sebab pakaian yg menutup aurat.Complete.Suka tgk.

Thursday, December 30, 2004

tsunami

Terkesima melihat mangsa-mangsa Tsunami.Peringatan buat diri!!!.

Wednesday, December 29, 2004

makan...makan

Lunchour. Beramai-ramai ke K.Seafood.Makan.Makan.Membelanja dan dibelanja.;)).terima kasih semua.

____________

Buatla macam tu...sapala aku ni kan.Hanya tempat melepaskan kemarahan dan kegeraman.Tiada lagi gurauan manja.Semuanya misti serius! (ICU).Susah ati!

Tuesday, December 28, 2004

Balik dr kg

Tambah cuti lagi.Terasa damai di kg.Balik ptg bertemankan anak 2 ekor.:))

Monday, December 27, 2004

di kampung

Cuti.Di kampung.Rehat.

Friday, December 24, 2004

Balik kg

Keje.Balik awal dari opis utk balik kampung.Bertemankan anak 2 ekor yang manja.Mula2 bising2 pastu tertido sampai dah sampai di kampung.

Thursday, December 23, 2004

kawan lama

Pagi pegi lambat.(Bestnya kalau dapat ari2 camni). Meeting.Eh!..yang best bukan meeting ari2 tapi best pegi keje lambat!...Balik opis jumpa kawan lama dtg buat lawatan muhibbah, dia sambil menyelam minum air & memang dia terlebih lama menyelam sbb badan dia dah gemuk :P.Ikut husbandnya ada urusan di KL dan dia jumpa kawan2 lama..Tetap peramah macam dulu.Entertain sampai ke petang.Sembang2 minum.Sudahnya sampai balik tade keje yg dibuat.Hanya bercakap & bercakap :)

Wednesday, December 22, 2004

Kensel

Satu panggilan di tengahari yang memisahkan hati.Kensel.Tutup.Titik.
___________________
Elegi Sepi

Saat mentari beradu
Rembulan pun bertamu
Hatiku menjadi sayu
Dalam kesamaran waktu
Mengapakah rinduku
Masih ada dalam kalbu
Sedangkan cinta itu
Sudah berlalu
Mungkinkah rasa bersalah
Kasih menghimpit jiwa
Kerna terlalu leka
Membuatku terluka
Dikau yang begitu setia
Tabah hadapi segala
Namun ku mencari alpa
Kesal akhirnya
Aku pinta kepadamu
Maafkan lah kesilapanku
Aku tahu kau dan aku
Tidak mungkin akan menyatu
Aaa
­Apakah yang tertinggal kini
Kesedaran dihati
Yang kan tetap bersemadi
Jadi elegi sepi
Biarlah doa tulusku
Mengiringi jalanmu
Kan menebus silapku
Terhadapmu
Ohhh
­Aku pinta kepadamu
maafkan lah kesilapanku
Aku tahu kau dan aku
Tidak mungkin akan menyatu
Biarlah doa tulusku
Mengiringi jalanmu
Kan menebus silapku
Terhadapmu......
___________________________________
Malam : waktu 'entertain' kawan sedunia.
Mula2 meng'entertain' kawan aku yg ganas sorg nih.Dtg ke rumah terus ketuk tingkap.Bukan tau nak tepon!.Tengah2 sedap lepak2 tgk tv tiba2 dgr macam huru-hara.Rupanya dia dtg.Tingkap tuh mmg punyai sound efek yg mengcemaskan keadaan kalau diketuk tak kira waktu.Macam ada huru hara kalau diketuk.Lemah jangtung aku setiap kali dia buat macamtu.huhu.Biasalah rutin harian , temankan dia makan.Lepas makan meng'entertain' pula sepasang pengantin baru.Suh diorg dtg utk amik hadiah kawin.Last sekali jam 12 adik sampai ke rumah.Sembang2, tido pukul 2.End.

Tuesday, December 21, 2004

Sibuk

tugas rutin mengadap PC terpaksa diabaikan sbb meeting hingga ke lunch hour.

Tuesday, December 14, 2004

hilang sudah

* Tertekan dengan kasih sayang yg semakin menghilang....

__________

Tawar menawar dengan hati utk menerima kasih baru....

Monday, December 13, 2004

Catatan hujung minggu

Disember 12, 2004.
Nasi lemak buah bidara ,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Ajak teman bawa kereta,
Kerana kawan aku turutkan.

Kerana dia kuanggap kawan baik ....maka aku sangup memandu ulang alik dari KJ-Melaka-KJ...dalam satu ari *macam drebar bas plak * semata-mata untuk makan nasi sepinggan kendurinya dan melihatnya bersanding.Tapi aku puas ati sebab dapat memenuhi undangannya.Puas ati dapat melihat dia bersanding dan berada di situ.Harap2 kenduri aku nanti dia dtg plak...:P
Bad :
" SELAMAT PENGANTIN BARU &
SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT "
________________
Disember 11, 2004
Ekspedisi Mencari Harta Karun Menjejak Puteri ke Gunung Ledang (Treasure Hunt). Ini kali ke empat masuk TH , jd pengalaman banyak membantu aku dan membantu mengurangkan penat badan dan otak.Happy, seronok seh! Makan2.Singgah di Tangkak dan meneruskan amalam wajib org pompuan - jom sopping beli langsuir ehh langsir.
_________________
Disember 10,2004
BBQ Nite 2004. Kena stay sampai 12 malam utk bertugas.Balik umah kwn , tido kul 2 lebih dan esok bangun 6 pagi utk TH.Penat..penatnya...!
Pangilan jam 2 pg.Senyum2 sblm tido :p.

Friday, December 10, 2004

we have some we loose some

Akibat tanak memandu sendiri , aku kehilangan nikmat nak menonton cerita Korea kegemaran d 8Tv malam tadi.Terpaksa buat kerja di Bangi sampai ke malam dan terpaksa menunggu driver menghantar pulang ke rumah.Kalau bawa kereta sudah tentu aku boleh balik sblm waktu tayangan.Sampai di rumah dah melepasi waktu melawat menonton.Walaupun terlepas peluang menonton wajah pelakon2 korea yang cantik mantik tu tapi hari ini aku dapat kawan, dapat meluaskan pergaulan ,dapat sembang2, dapat gelak ketawa,dapat jajan2 banyak2,dapat berkenduri nasi bungkus makan malam ramai2 dgn member2 di opis dan dapat penat!.Tapelaaa...kekecewaan terlepas peluang menonton itu aku ubat dgn kata2 'we have some we loose some'.

*****
Treasure Hunt!

Tomoro nak memburu Harta si Qarun dr Bangi hingga ke Gunung Ledang dgn tema Menjejak Puteri! Doakan geng kitorg menang 1st prize & dpt jumpa Puteri Gunung Ledang!!! or jumpa Tiara / M. Nasir pun ok gak...hehehhe.


______________
Aku takut utk mula menyayanginya , nanti mata aku jadi kabur!.

Thursday, December 09, 2004

Ingin

Ingin : Menulis dan membuat orang lain berfikir.

Wednesday, December 08, 2004

Membilang dengan otak Jepun

Ohio Gozaimasu .......Minna san..... hari ni nak kemaskini otak aku yg dah berkaratssss .
1. Ichi
2. Ni
3. San
4. Yon
5. Go
6. Roku
7. Nana
8. Hatchi
9. Kyu
10. Ju
Hyaku Yen = 100 Yen
Sen Yen = 1000 Yen
Ichi man = 10,000
San zen = 3000 yen
4000???

Teringat Hankyu Jaya adakah sama dengan kedai 100 Yen?:D

Monday, December 06, 2004

Jamuan raye , perpisahan staff & berita tak best

Makan , makan & makan.Tapau & tapau...tapi aku bosan.Nape ekk??

_____________
Hari ni dapat 2 berita yg tak best dari dua kawan.Berita satu : terputus ikatan yg dibina yg diharap dapat menuju bahagia.Cuba bertahan namun tak kesampaian.Berita dua : mamat nya berkahwin dengan perempuan lain.Yg sorg ni aku pun tatau ceritanya bagaimana , sebabnya dia main tarik tali ngan mamat tu , tak sabar menunggu , mamatni ni meminang org lain (senangnya lelaki kan??)tapi mengapa minah ni sedih.Oh donia , donia...tak paham aku!!

Friday, December 03, 2004

nasi jepun

Malam tadik tetiba teringin nak makan nasi Jepun.Masak sendiri beras yg aku beli semasa aku gi Jepun 2 bulan lepas .Nasi Jepun tapi org Melayu yg masak :).Mmg sengaja aku bawak balik beras tuh kerana aku suka makan nasinya.Tak berkanji , makan tanpa lauk pun sedap.Nyam ..nyam....Ermm...masa makan nasi nih teringat nostalgia di sana.Teringat keindahan di sana .Bersihnya & nyamannya.Teringat Yoko-san yg sentiasa sibuk.Rasa macam nak gi lagi dalam waktu terdekat , Insya-Allah.

_______
Balik kg.Rindu!.

Thursday, December 02, 2004

berita terhangat Mesia

'Saya Tak Bersalah'-
Sharifah Aini mengaku tak bersalah terhadap tuduhan menyebarkan email fitnah terhadap ' Malaysian recent pop darling '(termasuk aku..hihihi) Siti Nurhaliza di mahkamah majisterit Petaling Jaya.

Wednesday, December 01, 2004

sakura

merayau ke laman org mencari bunga-bunga sakura berkembang....:)