...meniti pengalaman mencari tenang...* sepanjang jalan yang penuh dengan bunga sakura...

- Ya Allah,jangan biarkan aku sendirian walaupun sekelip mata....

Thursday, March 31, 2005

a message from london

SMS : A'kum, dah sampai heathrow airport.Jp lg g hotel.
Sent : 02:35:28 31.03.2005
Alhamdulillah .Adik dah sampai di London.Mssg diterima waktu aku tgh lena tido (di Cheras , Mesia).
___________________
An email from Urayasu, Japan.
Pagi ni membaca email yang di kirim foster family di Jepun.Emailnya penuh ucapan terima kasih utk aku kerana mereka baru menerima passage yg aku hantar berupa hadiah buat mereka.Senang ati aku hadiah tu dah sampai.hhehhe

Monday, March 28, 2005

enty tanpa tajuk

a***,

aku ini orang yang tidak tabah, tapi aku tak mau mengalah.

Saturday, March 26, 2005

bosan nih

betul2 tak suka dah nak dtg keje ari sabtu.Kan best kalau cuti setiap sabtu.Bolela aku melancong dan melencong selalu.Arini plak rasa ati tak tenang.Tatau kenapa.Ntah.

Friday, March 25, 2005

susah ati

sedih.Menangis je yg boleh.Mengenang persahabatan yg dah terbatas.Rasa sedihhh sgt.Sangat-sangat.:(.....
Sedih sbb dia aku anggap kawan baik.Kalau org lain mmg tade hal punya, kalau tak sudi kawan sudahlah.Tapi ini dia!
Kata kawan , persahabatan ada pasang surut.Tapi nih bukan surut ni dah kira kemarau.Aku rasa macam aku je yg terhegeh-hegeh nak berkawan dgn dia.Memang.Memang aku nak berkawan ngan dia, suka kawan ngan dia, rasa selesa kalau dia ada.PERNAH (past tense) jadi kawan baik tapi dia slowly berubah laku.Skrg dia,mmg kalau boleh tak mau contact lagi agaknya.Makin jauh dan makin jauh dan makin jauh.Dah hilang dari pandangan.
Berhubung tak selalu dan jika aku yg contact dia pun cakap pun hendak tak hendak, kasar semacam je, macam layan tak layan, mssg pun kadang2 jarang yg berjawab.Tinggal lalu macam tu je .
Selalu sangat kata bz.Mmg bz selalu.Tapi pada aku walau sesibuk mana pun tapi kalau mau ,kita akan cuba cari masa utk apa-apa saja.Kadang-kadang terpk adakah itu cuma alasan utk menjauhkan diri?Ntah.Puas aku fikir, kenapa ye?Aku buat salah yg tak boleh dimaafkan?ke mana hilangnya kemesraan yang dulu?ke mana kata-kata yang sedap didengar? ke mana gurau senda?Ke mana budi baik yg ditunjukkan? ke mana peginya keriangan yang sama-sama rasa dulu,sanggup susah senang bersama-sama.Semuanya dah hilang , semuanya dah tiada.Ke mana yer?
Kenapa!?

Wednesday, March 23, 2005

ja ne.

19-22 Mac 2005 : di kampung.Cuti.
23-24 : outstation
____________________
Mac 19/05 - bgn pagi2 tapi bertolak agak lewat dari rumah utk balik kg.Menunggu call dari si Nihonjin san .Yoko-yoko ubat sapu anti kekejangan :p , jadualnya malam tadi akan tiba di KL dari Sarawak karakimashita , jadi arini kalau bole nak jumpa dia.Jalan-jalan di kl.Panggilan 10.30 pg tadi katanya dia dah berjanji dgn kawan yg lain so aku balik kg sajalah.Malam ni dia akan bertolak ke nippon semula.Ja mata ne.Berjanji nak jumpa lagi katanya bila dia turun kl September nanti.Insya-Allah.
Jam 2.30 ptg tiba di kg.2 jam saja berjalanan.Jalan x jem so aku pandu dengan selesa.Laju sikit.Sorg2 takut bosan.
Mac 22/05 - Balik dari kg.Sedih nak tinggalkan mak walaupun dah biasa.Tapi mmg begitu setiap kali nak balik kl.huuhuhu.

Friday, March 18, 2005

jiwa kacau

bosan yang teramat.Bercampur baur menerima berita smlm.Aku mau dia gembira tapi nanti mampuke aku utk menghadapi pertama kali dia jauh di mata dan mungkin jauh di hati.:(.Walau tidak lama tapi hati sudah tertanya-tanya.Bagaimana nanti ye??

Thursday, March 17, 2005

dunia ni kecik aje upanya...

kadang-kadang satu keadaan yang tak dirancang membawa kepada benda-benda yang membahagiakan.Kadang-kadang kita terlupa apa yang diatur oleh Yang Maha Esa itu amat sesuai buat kita.Hikmahnya amat manis .Cuma kita kadang-kadang selalu sangat membenci apa yang terjadi bukan atas kehendak kita.Dan kadang kehendak kita itu bukannya elok utk kita Itulah manusia , cuma nampak apa yg didepan mata sahaja.Tatau apa yang bakal berlaku kemudian hari.
Kesempatan utk mengisi masa lapang dan utk menenangkan fikiran yang kusut kerana sebuah persahabatan yang mula goyah aku gunakan utk menyertai kem yg memungkinkan menambah silaturrahim.Berbekalkan niat utk menyeronokkan diri dan menambah kawan-kawan, aku menyertai mereka walaupun seorangpun aku tak kenal.Takpela dah dewasa pandai2 la bawak diri kan.Aku ke sana dengan hati , dengan keikhlasan, tanpa teman.Tapi keputusan yg aku pilih mmg tepat kerana aku seronok disitu.Malah kenangan itu sampai skrg takterlupakan.Waktu sesi memilih teman se khemah, aku hanya berkata dalam hati, takpela sesiapa pun yg jd teman sekhemah aku harini aku terima dgn hati terbuka kerana aku dtg tanpa teman walhal yg lain-lain tentulah dengan kawan baik masing2.Pasrah.Dan 'adik muar' ni pun dtg seorang.Maka aku jd pilihannya kerana sama-sama tiada kawan.Jadinya mula dari situ kami mmg jadi kawan.
Bulan Sept. 2004 aku berjaya menjejak kaki ke negara Sakura.Kursus.Di Sugaidaira, Nagano di negeri Chiba kami dibekalkan seorang transalator anak Melayu yg masih menuntut utk men'traslate' BM-Nihonggo.Maka aku pun jd kawan dgn transalator tu (adik jepun).Yela seronok sbb jumpa org Melayu masa tuh.Aku macam tabik spring kat dia sbb katanya dia tinggal seorang diri di Tokyo dan di universiti tempat dia belajar hanya dia seorang pompuan Melayu.Hebat.
Balik ke Mesia.Aku mmg rajin surf blog2 org dan melalui blog 'adik muar' aku surf blog the bestest friends nya.Rupa2nya 'adik Jepun' punya blog.Hahhaha.What a small world.Pusing2 duk situ gak.Inform 'adik muar' yg aku kenal dgn kawan baiknya tuh.Tapi dua-duanya mengenali aku dgn nama berbeza.Cuma gambar sahaja membuktikan aku org yg sama.hehehe
Dan ptg smlm kami berjumpa di MV.'adik jepun' bercuti 2 minggu di Mesia.Hasil kontek-mengontek makan kami berkumpul smlm.Seronok.Borak-borak.Arigatou gozaimasu sbb sudi jemput join sekali.Harap dapat jumpa lagi.Ja mata ne.^-^

Tuesday, March 15, 2005

hadiah persahabatan

To:
Ms Naoko Makino
Todaijima , Urayasu-City,
Chiba , Japan.
__________________
dek kerana dihambat rasa bersalah kerana tidak menghubunginya sejak pulang dari rumahnya hampir 6 bulan lepas maka kutitipkan hadiah buat menyambung persahabatan.Spt kata kawan "biar hilang duit sedikit asal jgn hilang kawan." Hadiah yg yg kubeli tidak seberapa tapi kos posnya yg berlebih-lebih pula.Biasala tuh utk kiriman jauh.Moga dia gembira dengan hadiah berbungkus kemas itu dari orang Melayu ini , bersama sekeping poskad yang dibeli di Sarawak.Moga dia terharu dgn ingatan aku dan moga persahabatan yang terjalin dengan keluarganya akan terbina kembali.Rindu sgt dgn Toki-kung dan Toko-chan.Kalau ada rezeki ingin jumpa mereka lagi.Terima kasih utk kenangan yg tak terlupakan.


Nihonjin foster family Posted by Hello

Saturday, March 12, 2005


kampungku indah permai... Posted by Hello

Thursday, March 10, 2005

kuat makan

kenapa aku kuat makan sekarag ekk.Semuanya nampak sedap.Iskk susah ati la cmni.Alamatnya badan aku akan naik la tuh.Petang nih nak ke kolam renang.Insya-Allah kalau aku tak malas.Eh, mana boleh malas2 nanti gemuk plak.

Wednesday, March 09, 2005

krisis moral

aku umpama sastera.Dia matematik.Aku ikut rasa gerak hati.Dia ikut logik.
Maka krisis moral berlaku akibat pendapat yg berbeza.

Persahabatan kami kini bagai seorang ke timur seorg ke barat.Penah jadi isi dan kuku, tapi akibat tersandung.Kuku tercabut dari isi kot.Krisis moral ni jadik bukti betapa jauhnya pandangan kami tidak sependapat.

Aku tumpang bermalam di rumahnya.Tapi dia keluar jam 11 dan balik 4 pagi?Pegi buat bisnes katanya.Entah bisnes apa tgh malam2 buta.Aku tak faham orang yg nampak duit lebih dari persahabatan.Aku ditinggalkan membawa diri di rumah orang sedang tuan rumah balik pagi2 buta.Bagi aku adat Melayu yg aku suka junjung , kalau tetamu harus dihalusi agar tidak tersinggung.Bukan ditatang tapi harus dihormatkan.Agaknya aku tetamu tak diundang.Entah.Aku tak diajar untuk mebiarkan tetamu tinggal seorang sementara aku keluar mencari duit yang dalam bayangan.

Aku anggap ianya krisis moral apabila ditanya , bagi dia mebiarkan aku begitu tidak salah asalkan aku telah diberitau bahawa terpulang kau nak bermalam di sini atau ikut suka ati kau nak balik rumah sendiri.Akibatnya kalau kau bermalam di sini kau kena terima adat tuan rumah.Maka terbiarlah aku terkebil2 menunggu tuan rumah balik jam 4 pagi.Aku nih agaknya dah tua asyik risau tak tentu hala.Dari tido bole terjaga malam2 buta risaukan tuan rumah takut ditimpa malapetaka . Macam2 di fikirkan di kepala.Xciden ke dia?.Ada yang menganiaya dia ke?Apa jadi sebenarnya?Ok ke dia?Maklumla malam2 begini dan anak dara pula. Tambah2 panggilan jam 2 pagi masuk voicemail , lagila aku jadi tak tentu hala.Msg pun tak berjawab.Bissness apa kalau hp ditutup.Macamana kalau ada keluarga yg kecemasan?Ntah. Bermacam-macam persoalan.Dah puas bergolek2 sana sini dan kepala ligat berputar mata masih tak mau lelap.Akhirnya jam 4 pagi baru sedap hati, kerana tuan rumah dah ada di sisi.Nampak selamba saja dia.Minta maaf pun tiada.Agaknya org bisness ni hati kering kot. Ntah . Handphone kehabisan bateri katanya .Ntah.Percaya sajalah asal selamat.

Tuesday, March 08, 2005

catatan kamek

short trip to Sarawak : Seronott!!! .....rancangan dalam 2 hari membuahkan kenangan yang menggembirakan.tak sangka...boleh buat lagi gile-gile nih.....kihkihkih...to be continued

Thursday, March 03, 2005

berhenti berharap

sesungguhnya aku dah lama dalam proses berhenti mengharapkan sesuatu yang mustahil untuk digapai.Memulakan pagi dengan airmata sesusungguhnya sesuatu yang memeritkan.Hati bagai tak tertahan lagi dan buktinya airmata menjadi saksi.

Kata teman airmata kau hanya untuk dia tidak orang lain.Dia pun tau betapa aku menyayanginya tapi rasa sayang itu juga membuatkan hati selalu derita dan mata sering menangisi emosi yang ada dalam dada.Terima kasih teman kerana sudi berkongsi rasa.Airmata teman setia, hanya kerana hal dia.Jarang sekali airmata aku tumpah kalau bukan kerana dia , katanya dan sesungguhnya mmg itu realitinya.Untuk yang lain aku keras sekeras batu tapi kalau dia yang mengganggu jiwa memang airmata gantinya .Entah kenapa , mungkin dia lebih dekat dengan hati untuk itu selalu ditangisi.Lebih dekat dengan jiwa untuk aku selalu rasa hiba.Lebih banyak ruang untuknya di dalam hati untuk aku selalu merasa berjauh hati.Bertambah pilu bila airmata aku tidak lagi menjadi apa-apa bagi dia.Agaknya aku memang tak disukai lagi.

Persahabatan ini amat ku sayangi dan diri dia lebih-lebih lagi.Pernah menjadi buah hati.Dia yang pernah menjadi kemanjaan seluruh jiwa.Dia yang pernah menjadi teman menangis dan ketawa.Dia yang pernah berpanas dan berhujan bersama-sama.Dia tempat mencurah segala rahsia dan rasa.Tapi kini semakin menjauhkan diri.Mungkin rasa sayang dah bertukar jadi benci.Dari matanya diri aku tak lagi istimewa .Di jiwanya aku bukan lagi tempat untuk bermanja .Segala-galanya sudah tiada.Entah.Tidak tahu dan tidak mahu begitu.....(mengharap lagi?).Cukup-cukuplah!

Tuesday, March 01, 2005

utang....hikhikhik

Pulangkan..(Lagu PTPTN)

(Ex-Student)Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar ...

Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang (Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peram hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo kau milikku
Pulangkan hutang-hutangku (Pegawai PTPTN)

Oh hentikanlah menghantuiku-(Ex-Student)

Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-(Pegawai PTPTN)
Kupulangkan semua hutangku-(Ex-Student)

Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai PTPTN)

Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-(Ex-Student)

(Pegawai PTPTN)Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan kujejakimu ke mana jua
Hingga akhir masa sayang
...................
hahahhahahhahaa