...meniti pengalaman mencari tenang...* sepanjang jalan yang penuh dengan bunga sakura...

- Ya Allah,jangan biarkan aku sendirian walaupun sekelip mata....

Monday, February 28, 2005

SEPET

satu2nya filem Melayu yang aku tonton di pawagam dan aku tak rasa cam menyesal membayar harga tiket sebaliknya rasa PUAS!!...ya aku puas menonton cerita yang macam gitu....filem ini mmg ada jiwa, halus ada kelainan.Walaupun hal-hal yang simple tapi ia menusuk dalam hati.Body language dan kata2 yang simple tapi meresap dalam dada. Kalau sebelumnya aku mmg tak penah berminat nak tgk wayang cerita melayu tapi kali ini aku macam terpanggil nak tengok sbb ia karya Yasmin Ahmad yang pasti ada kelainan.Dan memang aku tak salah.Dah lama aku tunggu filrm sebegini dalam filem Melayu.Tak malu jika digandingkan dengan filem Indonesia.Malah kawan pompuan bangsa Jepun yang aku bawa menonton pun menangis dek kerana sedih dan tersentuh dalam babak-babak tertentu.Mmg la pompuan tak dapat dipisahkan dengan airmata tapi dia Jepun!! hehhe.Jepun pun boleh menangis tengok cerita ni .Cayalah Yasmin Ahmad!

Aku suka watak Orked.Lakonan Sharifah Amani mmg best.Mmmg class.Aku suka watak Jason.Dua-dua menjiwai watak dorg.Aku suka cakap2 diorg.Aku suka perwatakan diorg.Aku suka body language dorg.Ahh ..macam2lah aku suka.

Cuma aku sebagai pompuan Melayu yg agak pemalu ..(ahakss) merasa janggal dan mungkin geli sikit tgk mak-mak dara yang berkemban dan bersama Pak Atan yg tak berbaju dan buncit.Dan watak Ida Nerina dan Pak Atan atas katil yang ada peluk2 sikit tu.Aku macam x selesa.Lagi satu babak di akhir tarian yang menampakkan spender warna putih Pak Atan dan anunya.Yarkk!!!.Begitu juga mata Jason masa kecil kenapa tak sepet?Bila besar mmg mata dia sepet.

_______________

having a sweet & wonderfull memory in 2 days with Yoko san.Arigato gozaimasu.Ja mata aimashoo......
ada masa kita jumpa lagi :)

Thursday, February 17, 2005

Dinner

Rasululullah sangat menganjurkan makan malam walaupun hanya dengan beberapa biji korma,
Sabda Rasullullah S.A.W : "Meninggalkan makan malam itu menyebabkan kamu lekas tua"
-petikan dari buku petunjuk Rasullullah S.A.W, Cara Rawatan dan Pengubatan, terbitan Kalam Ilham.

Tuesday, February 15, 2005

renungan bistari

Islam adalah agama yang mudah dan ringkas dan barang siapa yang mengadakan kesulitan dalamnya akan dikuasai olehnya. Ambillah jalan tengah dalam kehidupan dan teruskanlah bersifat sederhana dan gembira" (Bukhari)-petikan dari buku Ensaiklopedia Sirah)

Monday, February 07, 2005

Trip to Kelantan

8-11 : Trip to Kelantan ...jalan-jalan dgn kawan.Yeay!!!

Tuesday, February 01, 2005

Pilih-pilih sahabat.

Mari kita kongsi bersama .
Nasihat al-Qamah:
Lima cara pilih sahabat NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
-Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
-Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
-Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
-Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
-Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia. Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."