...meniti pengalaman mencari tenang...* sepanjang jalan yang penuh dengan bunga sakura...

- Ya Allah,jangan biarkan aku sendirian walaupun sekelip mata....

Friday, October 28, 2005

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1426H...

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA ALDILFITRI..MAAF ZAHIR & BATIN...
ni ucapan untuk gehek's grup.........
To all d'geheks grup....Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.Mohon ampun segala salah dan silap, tekasar bahasa, telebih bicara, gurauan yang tak kena ,yang sakit di mata yang tak menepati citarasa ...temengumpat termengata,buat sakit ati ke apa ke..apa ke... biasalahhh semua mulut laser2.Ataupun sakit ati sbb SITI menang selallu...Maafkan segala yang pernah dilakukan .Diharap semuanya gembira di hari raya terutama yang jauh tu di sweden tu...che mamud.
Untuk semua Moga Aidilfitri ini mendekatkan lagi kita kepada-NYa ....
p/s : (dgn pesanan) Korang dah minta maaf ngan SITI ..kan korang salu ngumpat dia??...hikhikhik
Daripada che siti Ton









Wednesday, October 12, 2005

SITI nak kawin???


Edisi KL: Siti tidak nafi
Oleh Rudy Imran Shamsudinimran@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Siti Nurhaliza Tarudin enggan mengesah atau menafikan beliau akan menamatkan zaman bujangnya Januari tahun depan seperti yang disebut-sebutkan oleh media massa sejak akhir-akhir ini.
Saya tidak mahu mengia mahupun menidakkan kerana bimbang jika saya mengatakan tidak, andai ditakdirkan jodoh sayasampai tahun depan, peminat kelak akan menuduh saya membohongi mereka,” katanya yang turut digelar Biduanita Muda Negara.Siti Nurhaliza menjawab soalan wartawan mengenai desas-desus itu selepas majlis pelancaran VCD bertemakan Siti Nurhaliza in Concert Royal Albert Hall, London, di Hotel Istana, di sini, petang semalam.Beliau turut menerima anugerah daripada Malaysia Book Of Record (MBOR) sebagai penyanyi Malaysia pertama pernah mengadakan konsert di dewan berprestij itu.Kenyataan penyanyi berusia 27 itu membuatkan wartawan mengandaikan spekulasi perkahwinannya dengan jejaka pilihan mungkin benar.Ini berikutan Siti Nurhaliza tidak pernah teragak-agak menjawab soalan wartawan apabila menyentuh gosip perkahwinannya dengan menegaskan perkara itu tidak berasas.Pada majlis petang semalam, beliau tidak tegas menolak soalan berkaitan perkara itu.Sebaliknya, beliau mengatakan terserah kepada jodoh.“Macam ini sajalah. Saya tidak berani hendak mengesahkan perkara ini, sebaliknya menyerahkan segalanya kepada jodoh. “Bukankah ajal maut itu terletak di tangan Tuhan. Andai sudah sampai serunya saya terima dengan hati terbuka,” katanya.Beliau bagaimanapun memberi jaminan bahawa semua pihak, terutama media massa supaya jangan bimbang dan turut berjanji kerana apabila tiba waktunya, pengumuman akan dibuat.“Saya berjanji akan menjemput pihak media pada majlis perkahwinan saya jika sudah disahkan,” katanya.Sejak akhir-akhir ini, penyanyi nombor satu negara itu dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan yang hanya dikenali dengan nama Datuk K.Seperti diperjelaskan sebelum ini, dia tidak menafikan mempunyai hubungan dengan ahli perniagaan itu tetapi hanya sebagai rakan perniagaan.Sementara itu, mengenai anugerah MBOR, Siti Nurhaliza berkata ia sebenarnya bukanlah kejayaan untuk dirinya seorang, sebaliknya dikongsi bersama dengan semua tenaga kerja.“Mereka bertungkus-lumus menjayakan konsert terbabit dan seharusnya menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia,” katanya.Konsert sulung Siti Nurhaliza di Royal Albert Hall itu dibawa khas oleh syarikat pengurusannya Siti Nurhaliza Production (SNP) dan Putrade Property Management Sdn Bhd, 1 April lalu.Anugerah itu adalah yang ke-129 diterimanya dan kali kedua diberikan MBOR.Sebelum ini, MBOR menganugerahkan Siti sebagai penyanyi wanita paling banyak menerima anugerah.
Sumber : Harian Metro.Rabu.12/10/2005

Wednesday, October 05, 2005

Marhaban Ya Ramadhan...

Hari ini 1 Ramadhan 1426H.Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua umat Islam di seluruh dunia.Semoga Ramadhan kali ini kita memperoleh keberkatan yang berlipat ganda daripa-Nya.Aminnn.....Malam tadi agak meriah dengan msg-msg yang dihantar dan diterima dari kawan-kawan yang ramai mengucapkan selamat menyambut kedatangan Ramadhan.Pelbagai gaya.Terasa meriahnya suasana meyambut Ramadhan walaupun hanya text di handphone.Aku suka!terima kasih kawan-kawan kerana menggembirakan aku :)